Hukuman dalam politik
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam blog beliau baru-baru ini menyimpulkan pembatalan 'Jambatan Bengkok' antara Malaysia dengan Singapura bagi menggantikan tambak Johor sebagai hukuman kepada penduduk negeri berkenaan.
Penganalisa politik menggunakan terma kayu atau stick ketika merujuk hukuman yang dijalankan manakala gun boat diplomacy digunakan untuk merujuk dasar yang bersifat ancaman kepada penduduk.
Dengan itu, marilah kita menjenguk balik beberapa jenis hukuman yang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa untuk memahami beberapa keadaan membabitkan hukuman dan ancaman.
(1) Masyarkat antarabangsa yang diterajui oleh Amerika Syarikat menyekat perdagangan minyak Iraq selepas negara itu tersebut memulakan Perang Teluk pada awal 1990-an.
Implikasinya, walaupun Iraq dikurniakan dengan khazanah minyak yang lumayan tetapi rakyatnya sengsara kemiskinan. Sumber minyak di bumi sendiri langsung tidak boleh dimanfaatkan oleh rakyatnya.
Rakyat Iraq sekadar mampu mencemburu kemajuan yang dinikmati oleh jirannya, Iran, Emeriah Arab Bersatu dan Arab Saudi yang menjadi semakin kaya ekoran khazanah minyak yang lumayan.
(2) Republik Rakyat China pada awal pemerintahannya mengenakan hukuman berbentuk kekerasan terhadap masyarakat Tibet (Wilayah Buddha) dan Xinjiang (Wilayah Islam) yang enggan tunduk kepada pemerintahan Komunis.
Sami-sami ditangkap dan diganasi dan ramai orang Tibet dimandulkan untuk mengawal populasi etnik tersebut manakala etnik Han dibawa masuk ke wilayah-wilayah yang sebelumnya didominasi oleh etnik Tibet.
Di Xinjiang pula, etnik Uighur yang memeluk agama Islam menderita apabila masjid-masjid dirobohkan dan ditukar menjadi ladang badi manakala telaga air di situ dicemarkan dengan tulang babi.
Masing-masing etnik Tibet dan Uighur dinafikan untuk menikmati kekayaan ekonomi di bumi sendiri.
(3) Selepas Perang Dunia Pertama, kuasa-kuasa entente (England, Perancis dan Rusia) yang menewaskan kuasa pakatan Tengah (Jerman, Suatria-Hungary dan Turki Ottaman) menghukum negara yang tewas dengan menyekat kuasa ketenteraan dan ekonomi mereka.
Perjanjian Versailles yang dikatakan kurang adil kepada negara Jerman khasnya menyebabkan negara tersebut tertekan.
Rakyat Jerman turut dinafikan haknya untuk menikmati kekayaan ekonomi di negara sendiri.
Hukuman ke pemimpin politik ke atas rakyat atau sebuah negara justeru merupakan sesuatu yang biasa dan rakyat tidak perlulah terlalu ghairah dengan fenomana tersebut kerana ia akan berterusan selagi negara kita gagal mencapai demokrasi secara sepenuhnya.
Berdasarkan andaian Tun Mahathir bahawa pembatalan jambatan bengkok merupakan sejenis hukuman dan berdasarkan tindakan lepas yang diambil oleh kerajaan, maka rakyat boleh membuat beberapa spekulasi mengenainya.
(1) Jambatan Pulau Pinang kedua yang memakan belanja kira-kira RM4 bilion dan dijangka siap pada 2011 akan dibatalkan sebagai sejenis hukuman kepada penduduknya.
(2) Sebuah jambatan terpanjang di dunia yang menghubungkan Kuching dengan Kuantan akan dibina sebagai hadiah kerajaan atas sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kepada Barisan Nasional.
Tak percaya? Mengapa tidak? Kan MALAYSIA BOLEH!
Tuesday, June 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment